YouTube hari ini mengumumkan bahawa mereka akan mematikan bahagian Story – fungsi sama seperti Instagram Stories dan Snapchat – bermula 26 Jun 2023 nanti.
Itu merupakan tarikh akhir anda boleh muat naik YouTube Story anda, sebelum segalanya akan dibuang segala-galanya 7 hari dari tarikh tersebut.
Namun begitu, mereka masih akan kekalkan bahagian YouTube Short mereka, yang sama bentuknya seperti platform Tiktok.
Sebaliknya, YouTube memberitahu pencipta kandungan untuk berpindah kepada “YouTube Community posts”, yang dibangunkan untuk anda berkongsi hantaran, memulakan perbualan atau mempromosikan saluran YouTube anda kepada ramai pengguna.
Community posts pada asasnya ialah bahagian di YouTube yang membolehkan anda untuk menulis status, membuat tinjauan pendapat, kuiz, dan meletak stickers.
Pihak YouTube juga berkata, pencipta kandungan yang menggunakan Community posts selalunya akan mendapat lebih banyak respon komen dan likes berbanding menggunakan Story.
Sumber: Google