x introduces new feature allowing paid users to hide likes 1693478328
in

X melancarkan dua pelan langganan baharu, Basic dan Premium+

X, platform media sosial yang dahulunya dikenali sebagai Twitter, melancarkan dua peringkat langganan baharu, Premium+ dan Basic.

Langganan Premium+ berharga RM70 sebulan, ia menjadikan tweet anda lebih dipromosikan berbanding langganan biasa, dan tiada iklan keluar dalam timeline dan para pengikut anda. Anda juga akan mendapat perkongsian hasil dan akses kepada fungsi suntingan.


Langganan Basic berharga RM13.13 sebulan dan tidak termasuk tanda semak biru, tetapi ia termasuk ciri asas seperti keupayaan untuk mengedit tweet, dan menyiarkan teks dan video yang lebih panjang. Ia juga menawarkan promosi tweet anda lebih sedikit berbanding pengguna percuma.

Kedua-dua peringkat baharu kini tersedia di web. Ia dalah tambahan kepada langganan Premium, yang menggantikan Twitter Blue dan berharga RM35 sebulan. Ia memberi anda tanda semak biru, kedudukan keutamaan dalam balasan, folder penanda halaman, siaran yang lebih panjang, pemformatan teks, tema, pengesahan dua faktor SMS, DM yang disulitkan dan banyak lagi.

X Subscriptions

X memperkenalkan peringkat baharu langganan tersebut untuk membawa hasil tambahan kepada syarikat, kerana ia dilaporkan telah menghadapi kerugian dari pengiklanan sejak Elon Musk mengambil alih platform itu. Perubahan kontroversi Elon Musk telah ditolak pengiklan dan syarikat besar selepas laporan sumber mendapati iklan mereka dipaparkan bersebelahan dengan tweet kebencian dan kandungan pro-Nazi.

Langganan baharu itu memberikan pengguna lebih pilihan dan membolehkan mereka menyesuaikan dengan pengalaman mereka. Jika anda seorang pengguna berkuasa yang ingin memanfaatkan X sepenuhnya, Premium+ ialah pilihan yang baik. Jika anda mencari pengalaman yang lebih asas, Basic ialah pelan yang sudah mencukupi. Dan jika anda berpuas hati dengan peringkat Premium, anda tidak perlu menukarnya.

Sumber: X (Twitter)

shutterstock 2146145097 50 scaled 1

TikTok dan Meta nafi menyekat kandungan pro-Palestin di platform mereka

yusof haslam syamsul

“Kalau dia tak nak balik pun, terserah. Tepuk dada tanya selera,” – Yusof Haslam harap Syamsul pulang berjumpa dengannya