534a6fd0 eeb2 11ed 94c5 3c5eb3ceca29
in

‘WhatsApp tidak boleh dipercayai’: Elon Musk memberi komen terhadap penggunaan mikrofon yang mencurigakan dari WhatsApp

Google dan WhatsApp telah mengakui kehadiran pepijat yang menyebabkan WhatsApp seolah-olah mengakses mikrofon peranti Android tertentu tanpa perlu. Walaupun masalah tersebut telah dikesan muncul sebulan yang lalu, ia baru-baru ini mendapat perhatian baharu selepas seorang jurutera Twitter, Foad Dabiri, telah berkongsi tweet yang mendapat sokongan daripada Elon Musk.

Dabiri berkongsi, imej yang menunjukkan fungsi mikrofon dari apliksi WhatsApp sentiasa aktif, walaupun pengguna tidak menggunakan aplikasi tersebut. Dia juga berkongsi imej tangkapan skrin dari Android Privacy Dashboard, yang memantau kekerapan penggunaan mikrofon dan kamera oleh aplikasi tersebut.

Elon Musk, yang terkenal dengan pertaliannya dengan Signal serta Twitter, telah berkongsi semula tweet tersebut, menyatakan ketidakpercayaannya terhadap aplikasi WhatsApp. Menariknya, Elon Musk juga menyebut potensi pengenalan mesej langsung yang bakal diperkenalkan di Twitter, yang dijadualkan untuk dikeluarkan bulan ini. WhatsApp tidak menjawab permintaan untuk komen.

Dalam satu kenyataan Twitter, WhatsApp mengaitkan isu itu kepada pepijat berkaitan Android, menafikan sebarang dakwaan capaian mikrofon tanpa kebenaran oleh aplikasi pemesejan. Syarikat itu menyatakan, “Kami percaya ini adalah pepijat pada Android yang terkait dengan Android Privacy Dashboard, dan telah meminta Google untuk menyiasat dan menyelesaikan perkara itu.”

budak pandu kereta thumb

Kanak-kanak berusia tiga dan enam tahun memandu Toyota Vios untuk ke kedai di Langkawi

1436995

Azam Baki dilantik semula Ketua Pesuruhjaya SPRM