WA CALL SCREEN SHARING ANDROID
in

WhatsApp menguji ciri baharu untuk membenarkan perkongsian skrin semasa panggilan video

Kemas kini terbaharu WhatsApp membolehkan ia untuk berkongsi skrin, seperti fungsi yang sudah ada di platform panggilan video seperti Zoom dan Google Meet.

Aplikasi pemesejan itu sedang dalam proses melancarkan ciri perkongsian skrin yang akan merakam dan memaparkan kandungan skrin anda dengan sesiapa sahaja yang berada di hujung panggilan video, lapor WABetaInfo.

WA CALL SCREEN SHARING ANDROID

Ikon telefon dengan anak panah ke luar akan mengaktifkan ciri tersebut, yang terletak di bahagian menu bar bawah. Sebaik anda tekan saja butang kongsi tersebut, akan muncul popup yang bertanya sama ada anda mahu “Mulakan merakam perbualan, atau mula berkongsi skrin dengan WhatsApp?”, bersama dengan penafian bahawa syarikat akan mempunyai akses kepada mana-mana kata laluan, foto atau butiran pembayaran yang anda paparkan. Jika anda okay dengan semua itu, anda hanya perlu tekan “Mula sekarang”.

Ktika ini, perkongsian skrin hanya tersedia untuk penguji beta Android yang terpilih sahaja, dan akan mula dilancarkan kepada lebih ramai pengguna dalam beberapa minggu akan datang.

Walau bagaimanapun, ia mungkin tidak berfungsi pada model Android lama, panggilan kumpulan yang besar atau dengan pengguna yang tidak kemskini versi terbaharu WhatsApp.

Sumber: WABetaInfo

FxY2K9KaEAkjW4T

Individu yang mendedahkan lokasi Jho Low di Macau, China telah dibunuh

UCL

Lionel Messi juga akan berpindah ke Arab Saudi, terima pendapatan 2 kali ganda dari Ronaldo