WhatsApp telah memberikan pengguna salah satu ciri yang paling ditunggu-tunggu – keupayaan untuk mengedit semula mesej.
Ciri ini akan dilancarkan secara global dalam beberapa minggu akan datang, pengirim akan dapat membetulkan mesej mereka dalam masa 15 minit selepas menekan hantar.
Fungsi ini boleh diakses dengan menekan lama sesuatu mesej, dan pilih “Edit” untuk tukar. Mesej yang telah diubah suai akan mempunyai label “Edited”, tanpa menunjukkan sejarah suntingan.
Aplikasi seperti Telegram dan Signal sudah membenarkan pengguna mereka mengedit mesej, manakala laman sosial Twitter sudah melancarkan keupayaan untuk mengedit tweet bagi pengguna yang membayar langganan sahaja.
Sumber: Facebook