whatsapp chat lock feature
in

WhatsApp kini membolehkan anda mengunci dan menyembunyikan chat

WhatsApp hari ini mengumumkan bahawa mereka telah memperkenalkan ciri “Chat Lock”, direka untuk memberi pengguna lapisan keselamatan tambahan untuk perbualan rahsia mereka.

Sama seperti namanya, ciri ini membolehkan anda mengunci chat, yang mana ia tidak akan kelihatan dalam tempat inbox, dan terletak dalam folder ‘Locked Chats’ yang hanya boleh diakses dengan kata laluan peranti atau biometrik anda, seperti cap jari.

Anda boleh mengunci chat dengan pilih pada sebarang nama individu atau group chat, dan pilih untuk kunci. Untuk mendedahkan pilihan ‘Locked Chats’, anda hanya perlu tarik ruang inbox kebawah, dan masukkan kata laluan atau biometrik telefon anda.

Syarikat Meta mengatakan ia merancang untuk menambah lagi pilihan bagi ciri ‘Locked Chats’ di masa hadapan, termasuk mengunci peranti pasangan dan mencipta kata laluan unik untuk tempat chat rahsia anda, supaya anda boleh menggunakan kata laluan berbeza daripada kata laluan yang anda gunakan untuk telefon anda.

dera mutiara rini

Tular video pengasuh mendera bayi di pusat asuhan dalam kejadian di Mutiara Rini, Johor

CUACAPANAS 905 new scaled 1

Kerajaan sedia untuk mengisytiharkan darurat sekiranya gelombang haba semakin membimbangkan