download 6
in

Ujian kehamilan melalui air liur sudah mula diperkenalkan

Ujian kehamilan air liur yang pertama di dunia, SaliStick, telah mula diperkenalkan kepada umum, berpotensi untuk menggantikan ujian kehamilan tradisional.

Tersedia di UK dan Ireland, ujian ini beroperasi sama seperti ujian oral COVID-19. Pengguna mengumpul sampel air liur menggunakan batang plastik, yang kemudiannya dianalisis dalam tangkai ujian, pengguna akan menerima keputusan dalam masa 10 minit sahaja. Dua baris menunjukkan kehamilan, manakala satu baris menandakan negatif.

4c4f22504507b71

Dalam ujian klinikal yang melibatkan lebih 300 wanita, ujian itu terbukti 95% tepat berkesan apabila diambil dari hari pertama selepas tempoh haid.

Walaupun kurang tepat berbanding ujian kehamilan tradisional melalui air kencing, SaliStick menghapuskan keperluan untuk pengguna pergi ke tandas untuk mengambil sampel ujian, dan ianya boleh dilakukan di mana sahaja.

Di UK dan Ireland, SaliStick telah mula dijual di kedai sana dengan berharga £9.99 (RM59.08).

Sumber: SaliStick

perbicaraan kes gangguan seksual ebit lew diteruskan pagi ini

Kes Ebit Lew – Ada sejarah telefon digunakan untuk melayari laman web lucah

mak bapak memekak

Anak dah sejam memekak, mak bapak pun buat pekak je dengan anaknya yang bising