Fy PfutaUAAAEhd
in

Telegram akhirnya bekerjasama dengan SKMM dan PDRM untuk bendung jenayah

Telegram akhirnya menyatakan komitmen dan kesediaan untuk menjalin kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menangani kes jenayah yang berlaku pada aplikasi pesanan itu.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, susulan pertemuan dengan wakil Telegram di Bukit Aman.

Mesyuarat yang dihadiri Pengerusi SKMM Tan Sri Salim Fateh Din, Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, dan pegawai tertinggi PDRM yang lain, bertujuan menangani kelaziman kes jenayah seperti penipuan pelaburan palsu, pedofilia, pornografi dan jenayah dalam talian lain di Telegram.

Dengan menjalinkan hubungan kerjasama yang lebih erat, Telegram, SKMM, dan PDRM berhasrat untuk bekerjasama dan mengambil langkah berkesan untuk membendung kegiatan jenayah yang berlaku di platform permesejan itu.

Sumber: Twitter

kek siti nurhaliza

Pengusaha kek beritahu Siti Nurhaliza menyukai keknya dalam mimpi, berharap dapat jumpa penyanyi itu

WhatsApp Image 2023 06 19 at 09.50.50

Puluhan al-Quran dan kitab agama tidak musnah dalam kebakaran di SMI Kampung Assam Jawa