meituan 2
in ,

Syarikat China Meituan juga berminat untuk ambil-alih FoodPanda bagi Asia Tenggara

Syarikat penghantaran makanan China, Meituan, dilaporkan sedang meneroka potensi untuk memperoleh syarikat Delivery Hero SE di Asia Tenggara, lapor sumber Bloomberg. Langkah itu menandakan hasrat Meituan untuk berkembang melangkaui pasaran domestiknya dan mewujudkan kehadiran yang lebih kukuh di rantau Asia Tenggara.

Pengambilalihan itu akan melibatkan jenama Foodpanda Delivery Hero, yang beroperasi di Singapura, Malaysia, Filipina, Thailand, Kemboja, Myanmar dan Laos. Perjanjian yang berpotensi itu datang ketika Delivery Hero berusaha untuk menutup sebahagian daripada operasinya di Asia Tenggaranya berikutan kelembapan dalam pertumbuhan selepas pandemik COVID-19.

ac2319dc 7dfe 11e9 8126 9d0e63452fe9 image hires 164940
Gambar hiasan

Meituan, yang diasaskan pada tahun2010, merupakan platform penghantaran makanan yang terbesar di China, memegang bahagian pasaran terbesar di negara itu mengikut hasil. Dengan kehadiran lebih 2,800 bandar dan daerah di China, Meituan baru-baru ini menubuhkan jenama penghantaran makanan baharu yang berpangkalan di Hong Kong bernama KeeTa.

Walaupun perjanjian rasmi masih belum disahkan, kemasukan Meituan ke Asia Tenggara sudah pastinya akan memberi cabaran besar kepada Grab Holdings Ltd, peneraju perkongsian perjalanan dan penghantaran makanan di rantau ini. Saiz dan pengalaman Meituan dalam sektor penghantaran makanan akan menjadikannya pesaing yang hebat untuk Grab.

Kedua-dua Meituan dan Grab enggan mengulas mengenai perkara itu. Walau bagaimanapun, jika pengambilalihan itu berjaya, ia akan membentuk semula landskap servis penghantaran makanan di Asia Tenggara.

Sumber: Bloomberg

BG edit

Syarikat Malaysia memfailkan saman pelanggaran paten terhadap Apple di Singapura

nazir razak kahwin

Adik Najib Razak, Nazir Razak berkahwin dengan Yati Zainuddin