RARBG, salah satu tapak torrent terbesar di dunia, akhirnya ditutup. Pemilik laman web berkenaan telah menyebut masalah seperti pandemik COVID-19, perang di Ukraine dan Russia, dan kadar inflasi semaki tinggi menjadi sebab di sebalik keputusan itu.
Mesej penutupan mereka telah diletakkan di halaman depan laman web mereka, mengakhiri operasi mereka selama lima belas tahun.
Diasaskan pada 2008, RARBG menjadi salah satu alternatif kepada Pirate Bay, selepas banyak pertempuran undang-undang laman tersebut dan penutupan seterusnya. Beberapa tapak torrent utama juga telah ditutup antara tahun 2015 dan 2016, antaranya KickassTorrents, Torrentz, dan ExtraTorrent. Menurut kaunter trafik web Similarweb, RARBG menerima 40.8 juta jumlah lawatan bulan lepas sahaja.
Sumber: RARBG