shutterstock 505066678
in

PM Anwar mahu RUU Keselamatan Siber digubal segera

Bagi memastikan kesempurnaan semua aspek perundangan yang diperlukan, Rang Undang-undang Keselamatan Siber akan segera digubal, seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Siber Kebangsaan Selasa lepas.

Rang undang-undang itu bertujuan untuk memberikan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) kuasa yang jelas untuk mengawal selia dan menguatkuasakan undang-undang berkaitan keselamatan siber.

“Malaysia harus menelusuri cabaran era digital yang menuntut kesiapsiagaan terbaik seluruh jentera kerajaan dalam menangani ancaman keselamatan siber,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Langkah ini akan meningkatkan keberkesanan agensi dan sejajar dengan objektif yang digariskan dalam Arahan MKN No. 26 Pengurusan Keselamatan Siber Kebangsaan dan Strategi Keselamatan Siber Malaysia (MCSS).

Anwar menegaskan bahawa keselamatan siber bukan sahaja menjadi keutamaan dalam negara, tetapi juga kebimbangan penting di persada global.

“Saya menegaskan bahawa tiada kompromi terhadap keselamatan negara termasuk di dalam domain digital dan ekosistem siber,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

2120054

Tol percuma Lebuhraya SUKE fasa 2 bermula dari 16 hingga 29 Jun 2023

Tempah awwal makan 1641695957

Makcik kantin naik hangin, tak jujur masa isi borang, masuk asrama baru bagitau alahan makanan