MHU FINAL D2 936x622
in ,

Netflix Malaysia mengumumkan bayaran tambahan RM13/bulan untuk pengguna luar rumah

Netflix Malaysia telah mengeluarkan kenyataan rasmi untuk memulakan langkah memerangi perkongsian akaun dalam kalangan individu yang tidak tinggal dalam rumah yang sama.

Bagai menangani isu pengguna yang berada di luar rumah, Netflix memperkenalkan pilihan baharu untuk pengguna yang ingin terus berkongsi akaun dengan membayar yuran bulanan tambahan sebanyak RM13, pengguna ini boleh membuat akaun berasingan dengan kata laluan unik mereka, dan tak perlu nak berkongsi kata laluan sama.

Untuk menangani isu pemindahan akaun pula, Netflix menawarkan pilihan kepada pengguna untuk memindahkan profil dengan memuat turun dan memindahkannya ke akaun baharu. Ini membolehkan pengguna mengekalkan pilihan dan sejarah tontonan mereka sambil memastikan bahawa hanya ahli isi rumah yang sama mempunyai akses kepada akaun tersebut.

Langkah Netflix ini merupakan usaha untuk memerangi perkongsian kata laluan, bertujuan untuk memelihara integriti perkhidmatan mereka, sambil memastikan pengguna dapat menikmati pengalaman penstriman yang diperibadikan, dan selamat dalam isi rumah mereka.

ms MY

Sumber: Netflix

pas pusat bonus aksb

Ketua Pemuda PAS Kelantan mempertahankan bonus pada ahli Air Kelantan atas kerja keras mereka

coldplay poster press 1

Konsert Coldplay di Malaysia ada kemungkinan akan ditambah satu hari lagi