gettyimages 917260478
in

Kerajaan sukar bekerjasama dengan Telegram dalam membendung kandungan porno dan lain-lain

Kerajaan sedang mempertimbangkan tindakan terhadap Telegram berikutan menerima aduan yang banyak. Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, menyatakan pihaknya telah cuba berhubung dengan pihak Telegram sejak Januari lalu, tetapi tidak mendapat sebarang maklum balas.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mencadangkan langkah seterusnya terhadap platform mesej itu.

“Penjualan point ini berlaku bila mana doktor-doktor yang setiap tahun yang setiap tahun perlu ikuti persidangan, seminar, kursus-kursus bagi kemajuan kerjaya mereka.

“Tetapi didapati ada pihak yang cuba menjual point begitu, jadi kita lihat bukan hanya dalam isu seperti ini tapi saya difahamkan perkara-perkara yang tidak diingini seperti jualan dadah, sebaran pornografi dan scam (penipuan dalam talian),” ujarnya.

Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) memfailkan aduan berhubung penjualan point untuk doktor menerusi platform berkenaan. Selain itu, kebimbangan telah dibangkitkan mengenai pornografi dan aktiviti berkaitan dadah di platform sama.

Menurut Fahmi, Facebook dan TikTok telah pun bekerjasama dengan pihak kerajaan Malaysia, tetapi Telegram adalah yang paling membimbangkan buat masa ini.

“Pihak SKMM sebenarnya telah bertemu dengan hampir semua penyedia perkhidmatan platform media sosial, pertemuan terkini bersama Meta yang menguruskan Facebook, Instagram dan Whatsapp. TikTok juga ada.

“Kebanyakan platform ini memberikan kerjasama, kita cuma hadapi masalah dengan pihak Telegram. Walaupun dijemput untuk bertemu hingga hari ini enggan memberi kerjasama,” katanya

Bercakap tentang adakah Malaysia akan mengambil tindakan berat terhadap TikTok atau tidak, Menteri Fahmi berkata kerajaan tidak akan melakukan tindakan yang sama seperti negara lain.

Sumber: MalaysiaGazette

mufti menk datang rumah lawat ibu

Demi memenuhi hajat ibu, Mufti Menk datang melawat keluarga pempengaruh media sosial

shila amzah ubai tunang

Shila Amzah dan Ubai selamat bertunang hari ini