Siemens Microsoft collaboration
in

Kajian dari Microsoft menyatakan 62% pekerja di Malaysia bimbang dengan teknologi AI

Microsoft Malaysia telah mengeluarkan laporan Trend Indeks Pekerjaan 2023, yang mana terdapat kebimbangan kepada trend penggunaan kecerdasan buatan (AI), dan kesannya kepada landskap pekerjaan di Malaysia. Berdasarkan kajian yang melibatkan 31,000 responden di 31 negara, mendedahkan bahawa 62% peserta bimbang AI akan menggantikan pekerjaan mereka. Manakala 84% responden pula mengakui penggunaan AI boleh mengurangkan beban kerja harian mereka. Golongan pengurus pula melihat AI mampu untuk meningkatkan produktiviti dan bukannya sebagai cara untuk menggantikan pekerja manusia.

Kajian itu selanjutnya mendedahkan bahawa 77% pekerja merasakan mereka kekurangan masa dan tenaga yang mencukupi untuk menyelesaikan tugas mereka, dengan mesyuarat yang tidak produktif menjadi bebanan kepada produktiviti di tempat kerja. Akhir sekali, 76% responden rakyat Malaysia mengakui mereka kekurangan kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan kerja mereka dengan berkesan. Microsoft berkata kerjasama antara manusia dan AI akan menjadi antara kemampuan yang perlu ada pada pekerja.

Menyedari kepentingan sinergi manusia-AI yang semakin meningkat, Microsoft baru-baru ini menyepadukan AI ke dalam semua produknya melalui sistem CoPilot. Langkah ini menekankan komitmen syarikat untuk menerima teknologi AI dan menyepadukannya ke dalam aliran kerja harian untuk memacu kecekapan dan produktiviti.

Sumber: Microsoft

hm124hattan 1608100442

Datuk Hattan kata persembahan diterimanya masih banyak, kontroversi tak jejas rezekinya

boy iman 0

‘Ianya tak kelakar langsung dan bodoh’ – Respon Boy Iman terhadap berita kematian dirinya