dashcam
in

Google sedang menguji telefon Android befungsi sebagai dashcam di masa akan datang

Google sedang mengusahakan ciri baharu untuk model telefon Pixel dan peranti Android terpilih yang membolehkan pengguna menukar telefon mereka menjadi dashcam. Ciri yang ditemui oleh 9to5Google ditemui tersembunyi dalam fail APK dan merupakan sebahagian daripada kemas kini tetapan ‘Personal Safety’ yang akan datang.

Aplikasi Dashcam membolehkan pengguna merakam video dan audio semasa memandu, merekod bukti video sekiranya berlaku kemalangan. Ia boleh diakses daripada tempat ‘Be Prepared’ di halaman utama telefon, dan juga membenarkan penggunaan fungsi telefon lain seperti aplikasi navigasi.

Untuk menjimatkan ruang storan, rakaman akan dipadamkan secara automatik selepas tiga hari, dan video akan dimampatkan kepada sekitar 30MB seminit, dengan masa rakaman maksimum 24 jam. Google sedang menguji ciri tersebut pada telefon Pixel dan sebilangan peranti Android, yang berpotensi akan dikembangkan kepada model telefon lain.

Sumber: 9to5Google

Screenshot 501 1

Tesla Bot kini sudah boleh berjalan dan mengambil objek barangan

spider man across the spider verses new poster shows all the gnab 1

TGV sudah mula menjual tiket filem Spider-Man: Across the Spider-Verse untuk tayangan 1 Jun 2023 nanti