pixel line 1683745646939
in

Google melancarkan peranti baharu Pixel Fold, Tablet Pixel and Pixel 7a

Google telah melancarkan beberapa peranti semasa acara tahunan Google I/O, merangkumi telefon lipat pertama mereka, sebuah model telefon, dan sebuah tablet yang boleh bertukar menjadi paparan pintar semasa mod pengecasan. Google menyasarkan untuk mencabar pesaing industri Apple dan Samsung, dengan mengukuhkan lagi kedudukan mereka dalam pasaran peranti.

Pixel 7a

254e6990 ef63 11ed b517 21fcdae778e8.cf

Yang pertama kita akan perkenalkan adalah Pixel 7a, yang dilengkapi dengan skrin OLED 6.1-inci, menawarkan keupayaan buka kunci muka dan cap jari yang mudah, bersama-sama dengan kemudahan pengecasan tanpa wayar.

Sistem kamera Pixel 7a telah menerima peningkatan yang ketara, dengan sensor 72% lebih besar yang membolehkan mod baharu pendedahan lebih lama dan keupayaan fotografi dalam mod cahaya malap yang dipertingkatkan. Telefon pintar ini juga direka menggunakan 21% bahan kitar semula, storan 128GB, disertakan dengan 8GB RAM, dan menggunakan cip pemproses Tensor G2 yang sama digunakan dalam Pixel 7 Pro pada keluaran bulan Oktober tahun lepas.

Pixel Fold

google pixel fold3

Google juga sudah mula memasuki alam telefon pintar boleh lipat dengan pelancaran model Pixel Fold mereka. Menampilkan skrin OLED 7.6-inci dengan kadar penyegaran 120Hz, peranti ini apabila ia ditutup, ia boleh berfungsi sebagai telefon biasa, menampilkan paparan luaran 5.8 inci, dan pengimbas cap jari yang terletak di butang kuasa.

Pixel Fold dilengkapi dengan cip Tensor G2 dan storan sebesar 256GB, mampu untuk kalis air IPX8, yang mampu untuk menahan kedalaman sehingga 1.5 meter. Dengan ketebalan 12mm apabila ditutup dan 6mm apabila dibuka. Peranti ini juga mempamerkan sistem tiga kamera di bahagian belakangnya, termasuk zoom optik sebanyak 5x, yang tidak pernah ada dalam kalangan model telefon lipat di pasaran ketika ini.

Tablet Pixel

Akhir sekali, Google telah melancarkan tablet Android terbaharunya, iaitu Tablet Pixel. Tablet terbaru ini boleh berubah mod sebagai Google smart display, apabila ia diletakkan padanya dok pengecasan magnetik dengan pembesar suara.

Menampilkan paparan 11-inci, empat pembesar suara dan kamera swafoto yang dioptimumkan khusus untuk panggilan video. Ia juga dihasilkan daripada aluminium kitar semula, dan disalut dengan seramik untuk cengkaman yang lebih baik. Kuasa sebenar model tablet ini terletak pada “mod hab” yang akan automatik aktif apabila diletak dalam dok cas, yang mana ia boleh menjadi sebagai bingkai foto digital, pengawal rumah pintar dan skrin Chromecast untuk video, menawarkan rangkaian fungsi yang komprehensif untuk memenuhi keperluan anda yang pelbagai.

YouTube ad blocker

YouTube dilaporkan sedang menguji sekatan untuk AdBlock

mistik 6 tahun

Badan Tok Wan panas dan berbulu – kanak-kanak kongsi cerita misteri semasa kejadian