Semalam syarikat Alphabet Inc telah mengeluarkan kenayataan bahawa mereka akan memadamkan akaun yang tidak aktif selama dua tahun mulai Disember ini, dalam usaha untuk mengelakkan ancaman keselamatan.
Syarikat itu berkata lagi, jika akaun Google tidak digunakan atau masuk selama sekurang-kurangnya dua tahun, ia mungkin akan dipadamkan akaun, dan seluruh aplikasi di Google Workspace, termasuk Gmail, Document, Drive, Meet, Calendar, YouTube dan Google Photos. Polisi ini hanya akan dilakukan pada akaun Google peribadi dan bukan untuk organisasi seperti sekolah atau perniagaan.
Pada tahun 2020 sebenarnya, Google telah berkata ia akan mengalih kandungan yang disimpan dari akaun yang tidak aktif, tetapi tidak akan memadamkan akaun itu. Pada hari semalam juga, Google telah menghantar peringatan ke akaun e-mel yang tidak aktif sebagai peringatan keras sebelum mereka melakukan pemadaman.
Minggu lalu, Elon Musk berkata Twitter juga akan memadam akaun yang tidak aktif selama beberapa tahun dan mengarkibkannya, dengan kenyataan bahawa tindakan itu penting untuk meninggalkan pemegang yang mengabai akaun mereka.
Sumber: Google