Dalam langkah untuk merevolusikan landskap pengiklanan, foodpanda Malaysia telah memperkenalkan Smart Rider Bags yang serba canggih, mengubah penunggang penghantarannya menjadi papan iklan mudah alih. Beg tersebut dilengkapi dengan skrin LED yang boleh memaparkan pelbagai iklan, mengambil pengiklanan melebihi had papan iklan tradisional.
Untuk memastikan keberkesanan iklan mudah alih itu, foodpanda telah integrasikan rangkaian DOOHnya dengan LUMOS Intelligence. Kerjasama itu memberikan pengiklan data masa nyata tentang prestasi iklan melalui live dashboard. Pengiklan boleh melihat laluan yang diambil oleh penunggang, mengakses peta yang menunjukkan demografi penonton iklan, dan juga menyasarkan semula iklan melalui telefon pintar sahaja.
Untuk Q1 2024, Smart Rider Bags akan disertakan keupayaan untuk penyasaran geo yang tepat, membolehkan pengiklan menyampaikan iklan yang berkaitan ke lokasi tertentu. Ciri ini dijangka menjadi pengubah permainan untuk pengiklan yang ingin menjangkau pelbagai bentuk khalayak.
Johor Bahru dipilih untuk projek perintis kerana statusnya sebagai salah satu bandar utama foodpanda di Malaysia dengan pengguna paling aktif dan susun atur geografinya yang padat. Ini memastikan bahawa penunggang yang membawa Smart Rider Bags akan menghantar pesanan di kawasan yang jelas, memaksimumkan kesan iklan.
Penunggang yang menyertai program Smart Rider Bags akan berpeluang memperoleh pendapatan tambahan, tetapi hanya mereka yang mempunyai metrik prestasi terbaik, termasuk bilangan jam dalam talian, kadar pembatalan dan insiden ketidakpatuhan, akan layak menyertai program itu.
Walaupun program itu terhad di Johor Bahru, foodpanda menyasarkan akan mengembangkannya ke semua bandar utama di Malaysia, termasuk Kuala Lumpur. Inisiatif ini berpotensi untuk merevolusikan industri pengiklanan, menawarkan jenama cara yang unik dan berkesan untuk menjangkau khalayak sasaran mereka.
Sumber: foodpanda Malaysia