asus rog ally 3299
in ,

ASUS Malaysia memberi petunjuk harga rasmi konsol ROG Ally adalah RM3,299

ASUS Republic of Gamers (ROG) baru berkongsikan sebuah lagi teaser tentang ROG Ally, kali ini adalah mengenai harganya. Hantaran terbaru itu memaparkan empat peranti dengan soalan matematik, meneka berapakah harga agaknya peranti itu nanti bila dilancarkan kelak.

Berdasarkan maklumat yang sumber kami kirakan (matematik kami agak lusuh), harga ASUS ROG Flow Z13 ACRNM sahaja adalah RM12,999. Jadi apabila nilai tersebut dimasukkan kedalam persamaan pertama, anda akan mendapat harga untuk komputer riba ASUS ROG STRIX SCAR 18, yang berharga RM18,999.

Harga tersebut kemudiannya boleh dimasukkan kedalam persamaan kedua untuk mendapatkan tanda harga komputer riba ASUS ROG Zephyrus Duo 16 model premium berharga RM22,999.

Harga ini kemudiannya boleh dimasukkan kedalam persamaan ketiga untuk mendapatkan tanda harga ASUS ROG model Ally Z1 Extreme, iaitu RM3299.

Pelancaran rasmi ROG Ally akan berlangsung semasa strim langsung pada 19 Jun 2023, jadi peminat dinasihatkan untuk terus mengikuti berita dan kemas kini rasmi dari ASUS Malaysia.

Sumber: Facebook

jakim ammar

JAKIM diminta siasat saluran YouTube yang memapar pergaulan bebas anak muda Melayu

269929094 229499222700493 6098325126723901724 n

PBB mahu wujudkan agensi untuk mengawal AI