ChatGPT shutterstock 2237752713 16x9 1 gID 7
in

Apple tidak benarkan kakitangan menggunakan AI dalam tugasan kerja mereka

Menurut laporan Wall Street Journal, Apple Inc telah melarang pekerja mereka dari menggunakan alat kecerdasan buatan seperti ChatGPT kerana bimbang akan berlakunya ketirisan data. Malah syarikat itu dilaporkan sedang membangunkan teknologi AI mereka sendiri. Apple turut memberi amaran kepada pekerjanya agar tidak menggunakan Copilot GitHub, yang dimiliki oleh Microsoft, yang mengautomasikan penulisan kod.

OpenAI, organisasi di belakang ChatGPT, baru-baru ini mengumumkan ciri mod “incognito” yang mengutamakan privasi pengguna dengan tidak menyimpan sejarah perbualan atau menggunakannya untuk meningkatkan sistem AI. Walau bagaimanapun, OpenAI masih boleh mengekalkan sejarah perbualan selama 30 hari dalam sistem mereka, sebelum memadamkannya secara kekal.

Apple bukan satu-satunya syarikat yang melaksanakan larangan sedemikian, syarikat lain seperti JP Morgan, Verizon, dan Amazon juga telah melakukan polisi yang sama.

Sumber: The Wall Street Journal

Cover 86 800x420 1

6 cedera 3 kritikal akibat dirempuh kereta ketika membeli nasi lemak di Jitra

2079408

Jihan Muse masih belum bersara dari industri seni dan mengacara