93747510 03de 11ee a9df c8c92933451b
in

Apple mengumumkan model pertama VR mereka, Vision Pro dengan harga $3,499 (RM16,000+)

Apple mengumumkan set kepala realiti gabungan, Vision Pro, pada awal pagi Isnin semasa persidangan pembangun WWDC mereka. Model yang berharga $3,499 adalah produk baharu utama yang pertama sejak syarikat itu melancarkan Apple Watch pada tahun 2014 lepas.

Vision Pro akan membolehkan pengguna melihat aplikasi dengan cara baharu, berinteraksi dengan ruang di sekeliling mereka. Pengguna boleh menggunakan mata dan tangan mereka untuk menavigasi melalui aplikasi, atau mencari dengan suara mereka.

apple vision pro afp

Headset audio boleh digunakan untuk menonton filem, dalam efek 3-D dengan teknologi audio spatial, melihat gambar atau video mereka sendiri dan bermain permainan video. Ia juga boleh digunakan untuk bekerja dengan aplikasi persidangan video, perisian Microsoft Office ataupun Adobe Lightroom.

Ia akan mula dijual dengan harga bermula $3,499 mulai awal tahun hadapan.

Screenshot 589

NYPICHPDPICT000012231709

Dengan ciri yang dipanggil sebagai EyeSight, set kepala ini boleh menjadi lutsinar atau malap, bagi memberi isyarat kepada orang di sekeliling bahawa pengguna set sedang dalam penggunaan atau tidak. Vision Pro juga boleh mencipta avatar pengguna yang tampak realistik, untuk digunakan bagi berinteraksi dengan pengguna set kepala yang lain.

Screenshot 592

Fon kepala boleh dilaras serta ditukar ganti sehingga ianya sesuai dengan bentuk dan saiz muka pengguna.

Sumber: Apple

351125884 1134965001227534 6191890072176049011 n

Cermin mata Rahmah diperkenalkan, harga bermula RM50 hingga RM100

laki gila baling air

Lelaki mengamuk di restoran, baling air panas terkena muka kanak-kanak 4 tahun