Pergaduhan tercetus antara penyokong Perak FC dan Selangor FC pada perlawanan Liga Super 2023 di Stadium Ipoh, Perak pada malam Sabtu. Dalam video tersebut dilihat penyokong Perak FC telah menyerang bahagian penyokong pelawat pada awal permainan.
Pertembungan antara kedua-dua kumpulan itu akhirnya dihentikan dengan ketibaan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), yang menggunakan belantan dan gas pemedih mata untuk meredakan keadaan. Kejadian itu tular menerusi beberapa video dikongsikan penyokong yang hadir bagi menyaksikan perlawanan di stadium berkenaan.