Norizam Tukiman 2 1617164120
in

Pemain Kelantan FC trauma asyik terima bahasa kesat dan makian dari Pengurus Pasukan

Pemain Kelantan FC mengalami ‘penderaan mental’ daripada pengurus pasukan tersebut dengan bahasa kesat dan makian yang ditujukan kepada pemain.

Situasi yang mendukacitakan ini telah menimbulkan keresahan di kalangan pemain, terutama apabila mereka mendapati pemilik kelab itu, Norizam Tukiman, berhasrat untuk menghadiri perlawanan.

Penjaga gol pasukan itu, Farhan Abu Bakar mengesahkan laporan mengenai ‘penderaan mental’ itu telah dibuat kepada Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM), selain kebimbangan mengenai tunggakan gaji dan pertikaian kontrak.

Farhan juga mendedahkan bahawa layanan buruk itu bukan sahaj berlaku dalam pasukan bola sepak Kelantan, malah dalam syarikat Norizam yang lain juga turut terkesan sama.

“Sampaikan bila pekerja hotel pun resah kalau dia (Norizam) hubungi mereka. Kami pun jadi resah kalau dengar dia nak datang padang dan tonton perlawanan.

“Sebab kalau masa rehat separuh masa pertama itu, dia akan masuk bilik, hentam dan maki (pasukan) jadi apabila dia datang, kami mesti resah.

“Cuma apa yang dia lakukan sebelum ini, kami tiada bukti kukuh yang dia maki kami tetapi selepas itu, kami ambil maklum dan sentiasa bersedia untuk merekod panggilan,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa isu ini timbul selepas pasukan itu sejak ‘The Red Warriors’ diambil alih oleh pengurusan baharu.

“Cuma ia tidak dibesar besarkan walaupun memang sudah terjadi sebelum ini. Tetapi tiada medium sesuai untuk kita dedahkan benda ini.

“Sebab saya rasa tekanan daripada pengurusan ini sudah melebihi batas dan saya fikir sudah sampai masanya untuk saya bersuara,” katanya.

Sumber: Harian Metro

MUSE 2021 3 scaled 1 0

Konsert Muse di Malaysia berpindah tempat baru di Stadium Nasional Bukit Jalil

motor polis dikunci

Motor Polis dikunci akibat letak di parkir OKU, turut menerima saman juga