Pelumba CKJ Racing Team, Izzat Zaidi Md Salehan, masih dalam keadaan kritikal selepas terbabit dalam kemalangan ketika sesi ‘Super-Pole’ Cub Prix Malaysia di Iskandar Puteri pada Sabtu kelmarin.
Pelumba berusia 27 tahun itu mengalami patah tulang rusuk kiri dan pendarahan di paru-paru, menurut Pengurus Pasukan CKJ Racing, Amer Saad. Izzat Zaidi kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA), selepas menjalani pembedahan pada jam 4 pagi Ahad.
“Izzat masih lagi bergantung 100 peratus mesin bantuan pernafasan selepas selesai menjalani pembedahan.
“Menurut doktor, mereka akan tunggu dalam masa 48 jam untuk melihat sama ada masih terdapat pendarahan di paru-paru atau tidak,” kata Amer Saad.
@ijataintiptop Semoga ada keajaiban dan kesembuhan buat kau ijat..kawan2 semua mendoakan🤲🏻🤲🏻.. #izzatzaidi #cupprix #petronasmalaysia #ijatmenqakil #sijangkang ♬ original sound – bazliunic
Video kemalangan itu tular di media sosial, menunjukkan jentera Yamaha Izzat Zaidi melanggar penghadang jalan dan merempuh pagar keselamatan di tepi litar.
Isteri Izzat Zaidi, Elysha Norizal, menghantar mesej di Instagram memohon doa untuk suaminya. Dia turut memuat naik foto Izzat Zaidi di katil hospital.
Keluarga Izzat Zaidi kini berada di HSA menunggu kebenaran melawatnya. Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, ACP Rahmat Ariffin mengesahkan belum menerima sebarang laporan berhubung kemalangan itu.
Sumber: Kosmo Digital