gettyimages 1754429776
in

Lionel messi menang anugerah Ballon d’Or kelapan berikutan kejayaan piala dunia

Lionel Messi, pemain terkenal dunia, superstar pasukan Argentina yang kini bermain untuk Inter Miami, telah memenangi anugerah Ballon d’Or untuk kali kelapan. Pemain berusia 36 tahun itu diiktiraf pada majlis yang berlangsung di Paris selepas membantu negaranya memenangi Piala Dunia Qatar tahun lalu.

Messi memenangi Ballon d’Or, mendahului penyerang Manchester City Erling Haaland, dan penyerang Perancis Kylian Mbappe. Dia kini menerima tiga anugerah Ballon d’Or mengatasi Cristiano Ronaldo, yang telah memenangi sebanyak lima kali.

skynews lionel messi david beckham 6342265

“Seronok berada di sini sekali lagi untuk menikmati detik ini. Untuk dapat memenangi Piala Dunia dan mencapai impian saya,” kata Messi.

Messi juga memainkan peranan penting ketika Inter Miami memenangi trofi pertama mereka, Piala Liga, dan telah menjaringkan 11 gol dalam 14 penampilan untuk pasukan Major League Soccer itu.

skysports lionel messi argentina 6000508

Pemenang lain pada majlis itu termasuk pemain tengah England dan Real Madrid, Jude Bellingham, yang memenangi Kopa Trophy untuk pemain terbaik dunia berusia bawah 21 tahun, dan pemenang Piala Dunia Argentina dan penjaga gol Aston Villa, Emiliano Martinez, yang memenangi Yashin Trophy untuk penjaga gol terbaik dunia.

Manchester City dinobatkan sebagai kelab terbaik pada anugerah untuk tahun kedua berturut-turut. Pasukan bimbingan Pep Guardiola menjadi pasukan Inggeris kedua yang memenangi Treble of Champions League, Premier League dan FA Cup musim lalu.

Sumber: BBC

maxresdefault 44

Apple MacBook Pro baharu diperkenalkan: Cip M3, dan hayat bateri sehingga 22 jam

DATUK SERI ANWAR IBRAHIM 1698725796

Malaysia menerima dua notis daripada kedutaan AS mengenai Hamas – PM Anwar