Potensi perpindahan Lionel Messi ke pasukan Al-Hilal telah mencapai kemuncaknya selepas penggantungan singkatnya oleh pasukan Paris Saint-Germain (PSG), kerana melakukan perjalanan tanpa kebenaran ke Arab Saudi. Walaupun terdapat dakwaan bahawa dia telah bersetuju dengan perpindahan itu selepas kontraknya tamat musim ini, bapa dan ejen Messi, Jorge, menafikan sekeras-kerasnya spekulasi tersebut.
Dalam berita yang mengejutkan baru-baru ini, akhbar Perancis melaporkan bahawa pemain berusia 35 tahun itu didakwa telah menerima perjanjian bernilai hampir £1 bilion (RM5702 juta) untuk tempoh kontrak selama dua tahun. Angka tersebut sudah pastinya mengatasi jumlah pendapatan pesaingnya Cristiano Ronaldo, yang telah berpindah ke pasukan Al-Nassr dari Real Madrid.
Tambahan lagi, difahamkan bahawa bekas rakan sepasukan Messi dari Barcelona dan rakan rapat, Sergio Busquets dan Jordi Alba, akan berpisah dengan kelab Catalan mereka pada penghujung musim. Peminat bola sepak pastinya tidak sabar menunggu kenyataan rasmi daripada Messi sendiri untuk menjelaskan berita perpindahannya itu.
Sumber: Daily Star