Perlawanan akhir Liga Super Perlis antara Guar Syed Alwi dan Lion Junior FC di Kompleks Sukan Tuanku Syed Faizuddin Putra, Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Perlis pada hari Sabtu lepas bertukar hangat.
Keputusan pengadil yang membatalkan jaringan gol Lion Junior menyaksikan barisan kejurulatihan pasukan menjadi marah dan menyuarakan rasa tidak puas hati mereka. Keadaan bertambah buruk pada penghujung perlawanan apabila beberapa kakitangan memasuki kawasan padang untuk mempersoalkan mutu pengadilan.
Berang apabila aduan mereka tidak didengari, seorang pegawai pasukan Lion Junior menumbuk pengadil terbabit yang sedang keluar dari padang. Insiden itu dirakam oleh seorang penonton perlawanan yang kemudiannya memuat naiknya di akaun X (Twitter) bernama Pengadil Pengadil pada hari Ahad lepas.
Lagi kes pengadil dipukul. Kali ni di perlawanan akhir Liga Super Perlis yang berlangsung di Stadium Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabtu lepas. pic.twitter.com/I6rDdbFcW0
— Pemerhati Pengadil (@pengadilbola) October 2, 2023
Mangsa telah membuat laporan polis dan dilaporkan mengalami luka di kening kanan dan lebam di mata kanan. Beliau turut mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar dan pemeriksaan mendapati terdapat kesan lebam di bahagian mata dan luka sepanjang 0.2 sentimeter.
Guar Syed Alwi menang tipis 1-0 menerusi jaringan tunggal Arif Nazdman Roslan pada minit ke-70 permainan. Kemenangan itu membolehkan pasukan terbabit membawa pulang wang bernilai RM5,000 manakala Lion Junior FC yang menjadi naib juara memenangi wang tunai RM3,000.
Sumber: X (Twitter)