vida ambil balik kelantan fc
in

Datuk Seri Vida sudah bersedia untuk menaja semula pasukan Kelantan FC

Usahawan kosmetik Datuk Seri Hasmiza Othman, juga dikenali sebagai Datuk Seri Vida, dilaporkan bersedia untuk membuat kemunculan semula sebagai penaja untuk Kelantan FC.

Vida sebelum ini pernah menaja pasukan itu pada 2016, dan kini dia bimbang terhadap keadaan semasa kelab tersebut. Dia juga bercadang untuk melantik anaknya, Muhammad Eric Zecquan Mohd Amin, juga dikenali sebagai Kacak, sebagai pengurus pasukan.

“Kalau kena caranya, saya akan ambil semula Kelantan. Seperti keadaan sekarang, kasihan saya tengok. Kalau tunggakan banyak, kami tak nak tapi kalau nak meneruskan atau nak cari pengganti yang boleh majukan memang boleh.

“Saya akan tengok keadaan apabila nak berjumpa dia (pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau Zamsaham). Risau jumpa sekarang, Zamsaham dapat publisiti yang dia nak. Tak boleh janji lagi.

“Saya kena berunding dengan mereka sebab bukan saya akan uruskan tapi Kacak. Saya akan beri kepada orang yang tahu pasal bola seperti Kacak. Jangan ada campur tangan pihak lain,” katanya.

Isu yang menyelubungi Kelantan FC bermula apabila bekas jurulatih Choi Moon Sik dan ejennya, Myeongho Jeong, mendedahkan masalah dalaman kelab itu. Keadaan bertambah buruk apabila beberapa pemain mendedahkan bahawa mereka tidak menerima gaji penuh daripada pihak pengurusan.

Zamsaham, wakil kelab itu, baru-baru ini mengakui terhadap masalah kelewatan gaji di laman Facebooknya, tetapi telah melaksanakan pembayaran sebelum perlawanan Liga Super menentang Kelantan United pada Jumaat lepas.

Untuk rekod, Vida pernah menaja pasukan Kelantan dengan nilai RM16 juta antara tahun 2016 dan 2017. Sebagai syarat perjanjian penajaan tersebut, Stadium Sultan Muhammad IV telah di warnakan merah jambu.

Sumber: Sinar Harian

telur masin mahal ppum

Pelanggan terkejut bila dapat tahu harga telur masin separuh adalah RM3 di sebuah kafe hospital

chong wei ajar lindan bm

Gelagat Lee Chong Wei mengajar Lin Dan beberapa ayat dalam Bahasa Melayu