1909384
in

Datuk Hamidin mencari solusi bagi isu pertembungan tarikh konsert Coldplay dengan perlawanan FIFA

Kumpulan rock alternatif dari UK, Coldplay, mencetuskan fenomena seluruh negara apabila mereka mengumumkan konsert mereka yang pertama di Malaysia. Tiket untuk pertunjukan mereka pada 22 November telah habis dijual dalam masa dua hari, mempamerkan keterujaan yang luar biasa di sebalik konsert tersebut. Ini merupakan persembahan pertama Coldplay di rantau Asia Tenggara, dengan Indonesia juga dalam jadual perjalanan mereka.

Bagaimanapun, terdapat bantahan daripada pihak tertentu khususnya penyokong bola sepak, mengenai kebimbangan mereka terhadap kesan pada padang di Stadium Nasional Bukit Jalil, tempat di mana konsert besar itu akan dijadualkan berlangsung. Kerana mengikut jadual terkini FIFA, stadium itu akan menjadi tuan rumah salah satu perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026 pada 16 atau 21 November ini.

Disebabkan perkara itu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) telah dipersalahkan atas pemilihan tarikh berkenaan. Bagi menangani isu ini, Datuk Hamidin Mohd Amin, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), telah mengadakan perbincangan dengan badan pengurusan. Beliau berkongsi maklumat ini semasa majlis rumah terbuka anjuran bersama FAM, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), dan Liga Bola Sepak Amatur (AFL) di Kompleks MFL di Selangor.

“Perkara ini sebenarnya saya sudah bincangkan bersama YB Menteri (Hannah Yeoh) dan Ketua Pegawai Eksekutif PSM, Mohd Faidz Sanusi. Dan saya sudah menyatakan kepada Menteri bahawa ia merupakan kali kedua ia terjadi.

“Ini tidak boleh terjadi lagi dan YB Menteri juga bersetuju. Jadi, kerana kita sudah maklumkan bahawa kontrak kita bersama PSM yang mana semua program perlu merujuk kepada Kalender FIFA dan maklumkan kepada kita,” katanya.

Sebelum ini, perkara sama pernah terjadi ketika penganjuran konsert artis Taiwan, Jay Chou yang diadakan di venue sama pada Januari lalu, mendorong peminat bola sepak mempersoalkan keputusan PSM semasa perlawanan Piala AFF.

Hamidin memberi jaminan bahawa pihaknya sudah pun bekerjasama mencari solusi dengan pihak KBS dan menteri Hannah Yeoh untuk menilai pendekatan terbaik untuk perkara ini.

“Saya sudah mendapat penyelesaian dengan Menteri bahawa kita tunggu dan lihat daripada hasil undian Piala Asia 2027 untuk membuat persiapan.

“Kalau perlawanan pada 21 November terjadi dan bermain di sini, jadi kita akan cuba untuk melakukan perbincangan bersama pihak FIFA,” katanya.

Sumber: Berita Harian

spider man across the spider verses new poster shows all the gnab 1

TGV sudah mula menjual tiket filem Spider-Man: Across the Spider-Verse untuk tayangan 1 Jun 2023 nanti

hm124hattan 1608100442

Datuk Hattan kata persembahan diterimanya masih banyak, kontroversi tak jejas rezekinya