Screenshot 2023 09 25 at 12.08
in

Bekas pemain Selangor FC, Yazan Al-Arab diharamkan terlibat sebarang aktiviti bola sepak di Malaysia

Bekas pemain Selangor FC, Yazan Al-Arab, telah dilarang seumur hidup daripada terlibat dalam sebarang aktiviti bola sepak di Malaysia selepas menendang pengadil pada suku akhir kedua Piala Malaysia pada 24 September 2023 yang lalu.

Keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Yazan didapati melanggar Perkara 51, perenggan 1(a) dan Perkara 59 Kanun Tatatertib FAM kerana meluru ke arah pengadil dan mengeluarkan kata-kata kesat.

yazan al arab

Dia digantung empat perlawanan untuk Caj 1 dan digantung seumur hidup daripada terlibat dalam sebarang aktiviti bola sepak untuk Caj 2.

Selain itu, Ketua SFC Marshall, Jayabalan Muniandy, didenda RM20,000 dan digantung daripada sebarang aktiviti bola sepak di semua peringkat selama dua tahun.

Jayabalan didapati melakukan kesalahan seperti membaling botol ke arah pengadil perlawanan, menghalau kumpulan pengadil dari bilik persalinan, memprovokasi dan memarahi kumpulan pengadil dengan kata-kata kesat dan lucah.

Dia juga gagal menunaikan tanggungjawabnya apabila enggan memberikan kawalan keselamatan kepada kumpulan pengadil ketika mereka meninggalkan padang permainan menuju ke bilik persalinan apabila diarah berbuat demikian oleh pesuruhjaya perlawanan.

Beberapa pegawai pasukan SFC turut berdepan denda antara RM5,000 hingga RM10,000 selain digantung sehingga 10 perlawanan susulan insiden itu.

Sumber: FAM

WCE SEKSYEN 6 07 Careta

Seksyen 6 Lebuhraya WCE dibuka hari ini dengan tol percuma sehingga 2 Januari 2024

b7dc46fa amira aisya abdul aziz 14923

Muda akan jalin kerjasama dengan Move Forward Party (MFP) dari Thailand