Pemain Johor Darul Takzim (JDT), Arif Aiman Hanapi berjaya menarik minat kelab Eropah selepas mempamerkan aksi memberangsangkan dalam Asia Champions League (ACL).
Arif Aiman menjaringkan dua gol dalam kemenangan 4-2 JDT ke atas BG Pathum United pada hari Selasa, membantu Harimau Selatan meraih mata pertama kempen mereka.

Persembahannya menarik perhatian ejen yang diiktiraf FIFA, R.D. Football Scout, yang memuat naik video Arif Aiman menggelecek dua pemain Kawasaki Frontale ke dalam kotak penalti sebelum di akaun X (Twitter).
My friends in Malaysia, how good Arif Aiman really is?
Do you think he’s ready to play in Europe?pic.twitter.com/2MemBNHw8h
— R.D. Football Scout (@RdScouting) October 3, 2023
“Sahabat saya ini di Malaysia, betapa bagusnya Arif Aiman sebenarnya?
“Adakah anda rasa dia (Arif) bersedia untuk bermain di Eropah” soalnya.
Pemain berusia 21 tahun itu juga merupakan pemain tetap dalam pasukan kebangsaan Malaysia. Beliau adalah sebahagian daripada pasukan yang memenangi pingat gangsa pada Sukan SEA 2021 dan turut disenaraikan dalam skuad Piala Asia AFC untuk 2023.

Arif Aiman telah dibandingkan dengan bintang Real Madrid Rodrygo Silva de Goes oleh pemantau bakat EK Scouting, yang memberikannya markah 8.3/10.
EK Scouting menyenaraikan lapan kekuatan dalam Arif Aiman iaitu kekuatan, ketenangan memegang bola, teknik, hantaran berbahaya, penglihatan, kepantasan ketika mengawal bola, kemahiran individu dan kaki lemah (kiri) yang kuat.
Arif Aiman dipercayai sudah berada dalam radar sekurang-kurangnya 15 pencari bakat yang berpangkalan di Sepanyol selain dikaitkan dengan kelab Liga Jepun.
Sumber: X (Twitter)