Apple dilaporkan sedang mempertimbangkan perjanjian sebanyak $2 bilion setahun untuk menjadi pemegang hak penstriman eksklusif perlumbaan Formula 1, menurut laporan dalam Business F1 magazine.
Perjanjian itu akan menjadi kira-kira dua kali ganda daripada apa yang Formula 1 terima sekarang daripada hak TV globalnya. Ia juga akan menjadi pelaburan sukan terbesar Apple setakat ini.
Minat Apple dalam Formula 1 meningkat berikutan kejayaan MLS Season Pass, perkhidmatan penstriman syarikat untuk Major League Soccer. Pas Apple F1 berkemungkinan akan hidup bersama MLS dan Apple TV+ dalam platform Apple TV, sebagai langganan berasingan.
Walaupun perjanjian itu tercapai, Apple mungkin tidak akan dapat hak global buat sementara waktu, kerana kontrak sedia ada sudah termeterai dengan pelbagai penyiar di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, syarikat itu boleh bersetuju dengan hak kontrak yang merangkumi lebih banyak wilayah tersedia di pasaran tersebut.
Kandungan Apple TV+ juga sudah menunjukkan beberapa minat dalam sukan Formula 1, dengan penghasilan filem berkenaan F1 yang dengan bajet yang besar, dibintangi pula oleh pelakon terkenal Brad Pitt, serta dokumentari mengenai legenda pelumba masyhur F1, Lewis Hamilton.
Sumber: 9to5Mac