Netflix baru sahaja melancarkan pandangan pertama untuk siri aksi langsung Avatar: The Last Airbender.
Ditunjukkan semasa acara TUDUM Netflix awal pagi tadi, Netflix memberikan tarikh rasmi siri itu akan mula distrim, iaitu pada tahun hadapan 2024.
Selain daripada itu, Netflix turut menunjukkan pelakon bagi watak yang anda akan lihat dalam siri itu nanti, iaitu Gordon Cormier sebagai Aang, Kiawentiio sebagai Katara, Ian Ousley sebagai Sokka, dan Dallas Liu sebagai Zuko.
Perancangan siri Avatar ini telah diumumkan sejak tahun 2018. Pencipta asal Avatar, Michael Dante DiMartino dan Bryan Konietzko, pada mulanya menyertai pembangunan siri ini sebagai Penerbit Eksekutif dan Penyampai Persembahan. Walau bagaimanapun, kedua-duanya keluar dari produksi siri Netflix ini pada tahun 2020.