Apple TV+ telah mengeluarkan treler rasmi untuk drama perang sembilan episod Masters of the Air.
Berlatarkan perang dunia ke-2, siri ini berpusat pada anggota tentera udara yang berperang melawan Nazi Jerman. Masters of the Air dibintangi pelakon hebat seperti Austin Butler (“Elvis”) dan Barry Keoghan (“The Banshees of Inisherin”) masing-masing sebagai watak juruterbang pejuang Major Gale Cleven dan Lt. Curtis Biddick.
Masters of the Air diterbitkan oleh Steven Spielberg, Tom Hanks dan Gary Goetzman, yang sebelum ini bergandingan dalam siri drama perang dunia ke-2 yang cukup terkenal, iaitu Band of Brothers dan The Pacific. Manakala Cary Fukunaga (“No Time to Die”) akan mengarahkan beberapa episod terpilih dari siri itu.
Siri ini adaptasi daripada buku bukan fiksyen Donald L. Miller 2007 bertajuk Masters of the Air: America’s Bomber Boys Who Fight the War Against Nazi Germany.
Masters of the Air akan mengeluarkan dua episod pertamanya pada 26 Januari 2024 di platform Apple TV+, dengan episod baharu akan dikeluarkan setiap hari Jumaat sehingga 15 Mac 2024.