Francais anime Dragon Ball kembali dengan siri baharu, Dragon Ball Daima, yang akan ditayangkan pada sekitar akhir tahun 2024. Siri itu diumumkan ketika acara New York Comic Con, dan treler itu telah pun dimuat-naik di saluran YouTube, Toei Animation.
Semasa panel mengenai siri baharu itu, penerbit eksekutif Akio Iyoku menyifatkan Toriyama telah terlibat dalam proses penerbitannya dan memberitahu bahawa dia telah merancang episod baharu sepenuhnya untuk jalan cerita siri tersebut.
Treler bermula dengan nostalgia siri manga dan anime, bermula dengan Dragon Ball yang dikeluarkan pada tahun 1986, kemudian menjadi Dragon Ball Z pada tahun 1989, Dragon Ball GT pada tahun 1996, dan kemudian beberapa filem kendiri Dragon Ball: Super, yang ditayangkan pada tahun 2015.
Treler itu juga mendedahkan versi Goku, Vegeta, Bulma, Chi-Chi, Piccolo, Mr. Satan, Krillin, Android 18 dengan bentuk watak baharu, anak perempuannya Marron, Yamcha, Oolong, Puar, Supreme Kai dan Master Roshi. Tidak jelas bagaimana semua ini bersambung dalam garis masa, tetapi ia kelihatan sangat comel.
Tiada dialog atau sinopsis cerita dalam treler, tetapi jalan penceritaannya nampak ringan berbanding siri Dragon Ball Z dan Super sebelumnya. Ini berkemungkinan disebabkan oleh penampilan watak dalam versi kanak-kanak.
Sumber: Anime News Network