Rancangan TV realiti popular ‘The Amazing Race’ mempunyai ramai peminat di seluruh dunia, memaparkan pengembaraan yang mendebarkan dan cabaran kompetitif oleh para peserta. Rancangan ini akan mengikuti 12 pasukan ketika mereka mengembara ke seluruh dunia, menyelesaikan pelbagai tugasan dan menghadapi penyingkiran sehingga pasukan terakhir muncul sebagai pemenang.
Lazimnya, rancangan itu melawat negara yang berbeza setiap musim, dengan destinasi terutamanya di Amerika Selatan, Asia atau Afrika. Bagaimanapun, dalam video yang dikongsi oleh seorang pengguna Twitter bernama @_mlikr, menunjukkan Pulau Pinang merupakan destinasi untuk musim rancangan yang akan datang.
New season of Amazing Race will include Malaysia 🫡🇲🇾 pic.twitter.com/eodIHMYO3J
— 24 (@_mlikr) June 17, 2023
Video yang dikongsikan itu menunjukkan dua pasangan pelancong berlari dengan beg galas sambil diikuti oleh seorang jurukamera. Walaupun tidak jelas musim mana rakaman itu akan ditayangkan, namun musim 35 bakal ditayangkan pada tahun ini, dan akan menamatkan penggambaran pada bulan November nanti.
Peminat rancangan itu dan rakyat Malaysia pastinya teruja untuk melihat negara ini dipamerkan di platform antarabangsa.
Sumber: Twitter