in

Netflix memperkenalkan teaser trailer untuk siri aksi nyata Avatar: The Last Airbender

Netflix telah mengeluarkan teaser treler untuk siri aksi nyata Nickelodeon yang digemari ramai, Avatar: The Last Airbender, diumumkan tarikh tayangan pada 22 Februari 2023.

Treler itu menunjukkan dunia nyata Avatar seperti yang anda pernah lihat dalam siri animasinya, dengan permukaan landskapnya yang tinggi, kawalan kuasa elemen, dan pelbagai watak para pelakon.

Avatar The Last Airbender Live Action

Kita juga ditunjukkan tanda anak panah hitam di dahi Aang bercahaya biru, kuasa api yang melepaskan serangan berapi mereka, makhluk terbang melayang di udara, dan tentera askar yang diterbangkan oleh kuasa angin.

Siri ini dibintangi oleh Gordon Cormier sebagai Aang, ahli telekinetik angin dan Avatar, satu-satunya watak yang boleh mengawal keempat-empat elemen. Barisan pelakon lain termasuklah Ian Ousley sebagai Sokka, Kiawentiio sebagai Katara, Daniel Dae Kim sebagai Pemimpin bangsa api Ozai, Elizabeth Yu sebagai Puteri Azula, Paul Sun-Hyung Lee sebagai pakcik Iroh, Dallas Liu sebagai Putera Zuko, dan Ken Leung sebagai Komander Zhao.

AVTR Unit 00950R H 2023

Albert Kim telah menjadi penerbit eksekutif, dan penulis untuk siri ini. Penerbit eksekutif tambahan termasuklah Jabbar Raisani, Michael Goi, Roseanne Liang, Jet Wilkinson, Dan Lin dan Lindsey Liberatore. Raisani dan Goi juga akan menjadi sebagai pembantu pengarah.

maxresdefault 14

Teaser treler Inside Out 2 mendedahkan watak emosi baharu

maxresdefault 18

Netflix memberikan teaser treler Orion And The Dark, kisah budak lelaki menghadapi ketakutan terbesarnya