in

Netflix keluarkan treler penuh untuk siri realiti Squid Game: The Challenge

Netflix telah mengeluarkan treler penuh pertama untuk siri pertandingan realiti, Squid Game: The Challenge, yang merupakan rancangan realiti yang diinspirasikan dari drama Korea Selatan popular, lengkap dengan permainan yang rumit, penipuan, dan hadiah wang yang boleh mengubah hidup individu sebanyak AS$4.56 juta (RM21,785,400 juta).

Squid Game The Challenge n S1 E1 00 12 53 11R

Tidak seperti rancangan asal, peserta dalam Squid Game: The Challenge tidak akan terbunuh jika mereka gagal dalam cabaran mereka. Sebaliknya, dakwat hitam akan dikeluarkan di bawah baju mereka jika mereka ditangkap bergerak semasa permainan Lampu Merah, Lampu Hijau yang ikonik.

Satu aspek Squid Game asal yang nampaknya dikekalkan dalam rancangan realiti ialah pengkhianatan di kalangan peserta. Dalam adegan dari treler, peserta diminta memilih dua pemain untuk disingkirkan.

Squid Game The Series 1280x720 1

Difilemkan di UK, Squid Game: The Challenge akan terdiri daripada 10 episod dengan peserta tersingkir dalam setiap perlawanan. Awal tahun ini, Netflix menafikan dakwaan bahawa permainan di Squid Game: The Challenge adalah berbahaya, dengan berkata: “Walaupun ia sangat sejuk di set – dan peserta bersedia untuk itu – sebarang dakwaan kecederaan serius adalah tidak benar.”

Sumber: YouTube

ora good cat melaka01

Melaka menubuhkan kilang pembuatan kenderaan EEV dan EV pertama di Malaysia

FW1236603 KL05 30042022 ALIRAN TRAFIK mpr

Kerajaan lulus pelebaran lebuhraya KL-Karak (KLK), bermula suku kedua 2024