in

Apple TV+ memperkenalkan treler rasmi siri Monarch: Legacy of Monsters, bermula 17 November 2023

Apple TV+ telah melancarkan treler baharu siri Monarch: Legacy of Monsters, yang dikeluarkan secara rasmi sempena acara New York Comic Con hari ini. Siri tersebut mendapat inspirasi daripada Monsterverse dari studio Legendary, menampilkan kaiju lama dan baharu, termasuk watak kegemaran semua, Godzilla.

Para pelakon dalam siri ini termasuklah Kurt Russell, Wyatt Russell, Anna Sawai, Kiersey Clemons, Ren Watabe, Mari Yamamoto, Anders Holm, Joe Tippett, dan Elisa Lasowski.

godzilla monarch legacy of monsters banner

Treler tersebut mempamerkan sejarah disebalik Monarch, organisasi penyelidikan yang dibentuk selepas kemunculan Godzilla pada tahun 1950-an. Ia membawa penonton melalui beberapa dekad hingga ke masa sekarang, di mana kemunculan beberapa kaiju telah menyebabkan perubahan besar yang memusnahkan seluruh dunia. Apabila dunia diancam teruk, manusia terpaksa memanggil Godzilla untuk menyelamatkannya.

Monarch: Legacy of Monsters akan tiba dengan keluaran dua episod pertama pada 17 November 2023, secara eksklusif di platform Apple TV+. Selepas itu, satu episod baharu akan dikeluarkan setiap hari Jumaat, yang berakhir sehingga 12 Januari 2024.

MON1 Hero Ensemble Press

padang 2

Padang baharu di Stadium Nasional Bukit Jalil rosak selepas hanya 48 jam dirasmikan

puteri sarah liyana

Puteri Sarah tidak mahu ambil tahu kontroversi bekas suami Syamsul dengan wanita baru