in

Sony umum model PS5 baharu yang lebih nipis, harga bermula $449.99 (RM2,128.50)

Sony telah mengumumkan model PS5 baharu dengan faktor bentuk yang lebih kecil dan Pemacu Cakera Blu-ray Ultra HD yang boleh dipasang. Model baharu adalah 30% lebih kecil dalam volum dan berat sehingga 24% kurang daripada model sebelumnya.

Ia juga mempunyai reka bentuk baharu dengan empat panel penutup berasingan, dengan bahagian atas kelihatan berkilat dan bahagian bawah kekal dalam matte.

53247620407 f38d38045a h

Model PS5 baharu akan tersedia mulai November ini di negara USA dahulu, dan direct.playstation.com jika tersedia. Ia akan terus dilancarkan secara global pada bulan-bulan berikutnya. Sebaik sahaja inventori model PS5 semasa telah habis dijual, PS5 baharu akan menjadi satu-satunya model yang tersedia.

Harga runcit yang Sony letak untuk model PS5 baharu adalah seperti berikut:

  • PS5 dengan pemacu cakera Blu-ray Ultra HD – $499.99 (RM2,365.00)
  • PS5 Edisi Digital – $449.99 (RM2,128.50)

53248997995 5b8fa1120f h

Model PS5 baharu didatangkan dengan cakera SSD 1TB untuk lebih storan dalaman. Jika anda membeli Edisi Digital PS5, anda boleh menambah pemacu cakera Blu-ray Ultra HD untuk konsol PS5 anda, kerana ia ada dijual secara berasingan pada harga $79.99 (RM378.40).

Sebuah horizontal stand akan disertakan dengan model PS5 baharu. Juga vertical stand baharu yang serasi dengan semua model PS5 akan dijual secara berasingan pada harga $29.99 (RM141.90).

53247620392 435cd6d96e h

Model PS5 baharu adalah tambahan terkini kepada keluarga PlayStation. Ia menawarkan pemain lebih banyak pilihan dan fleksibiliti, dan ia merupakan pilihan yang terbaik untuk mereka yang mencari konsol yang lebih kecil dan mudah alih.

Sumber: PlayStation.Blog

kucing botol kimia ipg pulau pinang penang

Kucing pecahkan 10 botol bahan kimia di IPG, Bomba terpaksa datang bersihkan

kuala lumpur kl klcc city

Hutang kerajaan persekutuan mencapai RM1.08 trilion pada tahun 2022