maxresdefault 10
in

Pek Polis Evo 3 kini boleh didapati dalam PUBG Mobile dari 27 Mei – 4 Jun 2023

Tencent dan Astro Shaw telah bekerjasama untuk membawakan siri Polis Evo ke permainan PUBG Mobile. Kempen ini akan bermula dari 27 Mei 2023 lepas, sehinggalah ke 4 Jun 2023 nanti.

Sebagai sebahagian daripada promosi tayangan Polis Evo 3 di pawagam, pemain boleh mendapat pek suara rasmi untuk watak Inspektor Khai (Shaheizy Sam) dan Inspektor Sani (Zizan Razak) dalam Polis Evo 3, dan beberapa barangan dalam permainan tersebut.

PUBGM x PE3 Centre KV

PUBGM x PE3 Horizontal KV

Tambahan lagi, lagu popular filem “AYUH” akan menjadi lagu yang dipasang di lobi permainan PUBG Mobile nanti.

Polis Evo 3 menampilkan barisan pelakon seperti Zizan Razak, Shaheizy Sam, Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Farali Khan, Douglas Lim, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan, Eyka Farhana dan ramai lagi.

Terkini, filem tersebut telah berjaya mencatat kutipan tiket sebanyak RM16 juta selepas empat hari ditayangkan kepada umum di pawagam-pawagam di seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura.

kereta rosak calar retro havoc 2023

Lihat bagaimana kereta dikeroyok dalam acara Retro Havoc lepas

ae283b81 lgbtq swatch pic 290523 1

KDN memberitahu terdapat tulisan LGBTQ di jam tangan Swatch yang dirampas