Half Life Free
in

Half-Life meraikan ulang tahun ke-25 dengan kemas kini baharu, permainan tersedia secara percuma

Valve sekali lagi menawarkan permainan ulung Half-Life, secara percuma di platform Steam. Ianya bersempena ulang tahun ke-25 permainan tersebut, serta meraikan kejayaannya sebagai salah satu antara tajuk permainan video paling terkenal pernah dikeluarkan – sepertimana yang disokong oleh lebih 50 anugerah Game of the Year yang diterimanya sejak awal pelancaran sehingga ke tahun 1998.

half life corridor

Sebuah dokumentari juga telah diterbitkan di YouTube oleh syarikat berkenaan. Filem berdurasi sejam lebih itu memaparkan penubuhan syarikat Valve dan perkembangan Half-Life, yang diceritakan oleh kakitangan asal yang terlibat.

Bagi permainan itu sendiri, syarikat telah memutuskan untuk menambah beberapa tambahan baharu bersempena ulang tahun ke-25. Ini termasuk sokongan perkakasan dan tetapan moden, empat peta dan skin berbilang pemain baharu, kandungan yang dipulihkan demi nostalgia (termasuk intro Valve klasik), tambahan yang tidak pernah dilihat sebelum ini, dan banyak pembaikan pepijat.

Selain itu, sokongan Steam Deck yang dikhabarkan sebelum ini untuk Half-Life juga diumumkan, membolehkan anda merasai sepenuhnya permainan berusia 25 tahun pada konsol permainan milik Valve sendiri.

Syarikat itu memberi jaminan bahawa permainan harus berfungsi dengan lancar pada peranti kali ini, sehinggakan ia mempunyai tanda semak hijau Deck Verified sendiri.

Sumber: Half Life | Steam

mawi ina naim

Mawi ucapkan takziah dan doa buat keluarga bekas tunang Ina Naim

gsc berjaya times square tutup

Pawagam GSC di Berjaya Times Square ditutup selepas beroperasi 17 tahun