Khairul Aming, seorang pempengaruh rancangan masak, pasti berasa bangga apabila kemahiran masakannya telah menarik perhatian chef terkenal Britain, Gordon Ramsay.
@gordonramsayofficial #duet with @Khairulaming Spoons on me for the holidays ! Well done ! Get more recipes like this in my #unchartedcookbook Gx #ramsayreacts
Dalam video TikTok berdurasi hanya seminit, Ramsay memberi reaksi positif terhadap kaedah Khairul Aming menyediakan resipi ‘Burnt Sugar Steamed Pudding’, yang merupakan ciptaan Gordon sendiri yang telah dimasukkan di dalam buku A Culinary Adventure terbitan National Geography.
Dalam video tersebut, Ramsay membuat beberapa teguran mengenai teknik memasak Khairul Aming, malah bergurau mengenai saiz sudunya. Bagaimanapun, sebaik melihat keputusan akhir, Ramsay melahirkan rasa kagum dengan cara Khairul Aming menyediakan hidangan itu.
Ramsay juga menyebut lawatannya yang akan datang ke Malaysia, membayangkan potensi kolaborasi bersama Khairul Aming. Kerjasama ini membuatkan rakyat Malaysia tidak sabar menantikan perkongsian menarik antara Gordon Ramsay dengan Khairul Aming.
Terkejut dengan video reaksi dari Gordon Ramsay, Khairul Aming akui dianya gementar dengan komen dari chef.
@khairulaming #duet with @Gordon Ramsay #Duet haaaaa Gordon Ramsay noticed my video. Thank you! 🥹
Diharapkan chef Gordon Ramsay bersedia untuk merasai sambal terkenal Khairul Aming pula.