KL Petronas
in

Tahun Melawat Malaysia diumumkan pada tahun 2026

Kerajaan telah mengumumkan bahawa ia akan mengadakan kempen Tahun Melawat Malaysia pada 2026 nanti, dengan sasaran untuk menarik 26.1 juta pelancong asing dan menjana RM97.6 bilion dalam perbelanjaan domestik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan memperuntukkan RM350 juta untuk meningkatkan promosi dan aktiviti pelancongan, termasuklah:

  • Menganjurkan Kempen Melawat Malaysia 2026
  • Bekerjasama dengan industri dalam aktiviti promosi dan penganjuran acara pelancongan dalam dan luar negara
  • Membantu lebih 200 penggiat kebudayaan dalam menganjurkan aktiviti seni dan budaya
  • Menyediakan geran padanan penerbangan sewa untuk meningkatkan kebolehcapaian penerbangan antarabangsa ke Malaysia
  • Membiayai Pusat Pelancongan Islam (ITC) untuk membangunkan industri pelancongan mesra Muslim di Malaysia

Anwar juga berkata kerajaan akan terus memelihara kawasan, bangunan, dan tapak warisan tumpuan pelancong bagi mengekalkan keindahan, keselamatan, dan kebersihan.

Beliau mengumumkan RM20 juta akan disediakan kepada kerajaan negeri untuk menyelenggara dan memulihara tarikan pelancong seperti Tasik Timah Tasoh di Perlis, Taman Kenong Rimba di Pahang, dan Pantai Teluk Kemang di Negeri Sembilan.

Sungai Kooi Waterfall at Royal Belum State Park

Sejumlah RM80 juta juga akan disediakan untuk memelihara dan memulihara bangunan serta tapak warisan yang berpotensi diiktiraf UNESCO termasuk Gua Niah di Sarawak, Lembah Bujang di Kedah, dan Royal Belum di Perak.

Tambah Anwar, RM20 juta juga akan diberikan kepada Think City untuk meningkatkan dan memelihara nilai Kuala Lumpur sebagai bandar dan budaya kreatif.

Kempen Tahun Melawat Malaysia merupakan langkah yang dialu-alukan untuk industri pelancongan Malaysia, yang telah terjejas teruk oleh pandemik COVID-19 lepas. Pelaburan kerajaan dalam promosi dan aktiviti pelancongan dijangka dapat membantu memulihkan industri dan mewujudkan peluang pekerjaan.

Sumber: Berita Harian

belanjawan2024 govs workers

Kerajaan mengumumkan bayaran insentif RM2,000 untuk penjawat awam, persara

syada amzah review

Syada Amzah dituduh tidak membuat review produk walaupun telah dibayar