FILES NEPAL EVEREST MOUNTAINEERING ACCIDENT 1558796553
in

Mufti KL memberi jawapan pada hukum mendaki gunung Everest

Pelbagai kisah benar tragis misi ekspedisi pendakian Gunung Everest setinggi 8,848.86 meter dilaporkan, dari gembira, suka mahupun duka untuk menggapai impian menakluk puncak tertinggi di dunia itu. Hari ini, statistik mencatat lebih 310 pendaki terkorban dalam percubaan sampai ke puncaknya, dan kematian dikaitkan dengan runtuhan salji, jatuh serta pendedahan kepada cuaca sejuk melampau yang akhirnya menimbulkan masalah kesihatan kepada pendaki.

Bertambah hiba, pendaki negara, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Awang Askandar Ampuan Yaacub, pula korban terbaharu selepas terjatuh dari ketinggian 8,000 meter dalam percubaan sampai ke puncak Everest, pada 18 Mei lalu.

Selain itu, usaha mencari (ketika artikel ini ditulis) pendaki kategori orang kelainan upaya (OKU), Muhammad Hawari Hashim, 33, yang masih hilang ketika misi bersama Awang Askandar telah mencetuskan bahan bualan warga netizen. Sesetengah pengguna di Twitter mempersoalkan hukum menaiki gunung itu yang ramai sudah tahu sangat berbahaya dan berisiko.

Bagi menjawab persoalan tersebut, pihak Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mengeluarkan fatwa bagi menangani permasalahan tersebut di laman web rasminya.

Menurut laman web rasmi Mufti WPKL, Islam amat menggalakkan penganutnya untuk mengambara, melihat dan berfikir akan kebesaran Allah SWT yang menjadikan setiap sesuatu di atas dunia ini.

Pengembaraan seperti ini akan lebih menguatkan lagi keimanan seseorang jika setiap apa yang dilihat serta dilaluinya itu dikaitkan dengan Maha Pencipta. Firman Allah SWT:

هُوَ ٱللَّهُ ٱلۡخَٰلِقُ ٱلۡبَارِئُ ٱلۡمُصَوِّرُۖ لَهُ ٱلۡأَسۡمَآءُ ٱلۡحُسۡنَىٰۚ يُسَبِّحُ لَهُۥ مَا فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِۖ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ

(Al-Hasyr: 24)

Maksudnya: Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana.

107158305 1669732988058 Adrian Summit K2 without Oxygen 2019 scaled

Itulah dia, harapnya semua orang jelas dengan bab hukum melakukan pendakian ke Gunung Everest.

Sumber: Laman Web Rasmi Mufti Wilayah Persekutuan KL | Lobak merah

0f2d7d90 aca3 4d02 9885 8c2e9dd8b3d8 169

Tan Sri Robert Kuok kekal individu terkaya Malaysia dengan harta USD$11.8 bilion menurut Forbes 2023

2104419

42 peratus daripada 600,000 pekerja Malaysia alami obesiti