tambak johor feri
in ,

Kesesakan Tambak Johor, kerajaan teroka perkhidmatan feri antara dua negara

Kerajaan sedang meneliti beberapa cadangan untuk mengurangkan kesesakan di Tambak Johor, termasuk perkhidmatan feri yang menghubungkan kedua-dua negara.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memberitahu Dewan Rakyat pada Khamis, bahawa isu itu adalah keutamaan kerajaan, dan Jawatankuasa Khas Kabinet telah ditubuhkan untuk membincangkan masalah itu.

2352351

“Pelbagai kaedah dan koordinasi pelbagai agensi dilihat untuk mengurangkan masa diperlukan bagi menyeberangi Tambak Johor, antara yang sudah dilaksanakan ialah kaunter atau ‘touch point’ T&G (Touch ‘n Go) dan untuk membayar ‘road charge’ (caj jalan raya) kemasukan dari Singapura sudah disatukan.

“Namun, isu kesesakan Tambak Johor ini bukan mudah untuk diselesaikan dan dalam jangka panjang kita berharap pengoperasian Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru-Singapura dapat menyuraikan sedikit kesesakan.

“Kita juga akan melihat pelbagai kaedah untuk menambah kesalinghubungan, umpamanya cadangan mengadakan perkhidmatan feri antara Malaysia-Singapura, terutama dari Johor Bharu ke Singapura,” katanya.

Antara cadangan lain yang sedang dipertimbangkan ialah menambah lorong dan kaunter motosikal, serta memastikan semua kaunter digunakan sepenuhnya.

Loke menjawab soalan tambahan Khairil Nizam Khirudin (PN-Jerantut), yang membangkitkan isu kesesakan di Tambak Johor di Dewan Rakyat pada Khamis.

Ferry 002
Gambar hiasan

Tambak Johor ialah penghubung jalan raya dan rel utama antara Malaysia dan Singapura. Ia adalah salah satu lintasan darat yang paling sibuk di dunia, dengan lebih 300,000 kenderaan melaluinya setiap hari. Bagaimanapun, Tambak itu juga terkenal dengan kesesakan lalu lintas yang boleh menyebabkan pemandu dan penumpang terpaksa menunggu berjam-jam untuk menyeberangi sempadan.

Kerajaan Malaysia telah berusaha untuk mengurangkan kesesakan di Tambak Johor selama bertahun-tahun, tetapi masalah itu berterusan. Cadangan untuk perkhidmatan feri adalah perkembangan baharu, dan ia masih perlu dilihat sama ada ia boleh dilaksanakan atau berkesan. Bagaimanapun, hakikat bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan pilihan ini menunjukkan pihaknya serius untuk menangani isu kesesakan di Tambak Johor.

Sumber: Berita Harian

uniten logo

Uniten menyediakan biasiswa untuk pelajar baharu dari Palestin

along kluang johor

Video tular pemungut hutang Along ambil pendekatan berbeza beri amaran kepada peminjam