KLC KARAKSESAK1 scaled 1
in ,

Kerajaan umum tol percuma dari 11 hingga 12 November 2023 sempena Deepavali

Kerajaan mengumumkan bahawa tol akan diberikan secara percuma selama dua hari, bermula dari tarikh 11 November jam 12.01 pagi, dan berakhir 12 November jam 11.59 malam, sempena sambutan Deepavali Ahad ini.

Inisiatif itu merupakan sebahagian daripada usaha Kerajaan Perpaduan untuk meringankan beban rakyat dan menggalakkan perpaduan, terpakai untuk semua jenis kenderaan di semua plaza tol kecuali di sempadan negara: Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang di Johor.

alexander nanta linggi bernama

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, menjelaskan pemilihan tarikh ini juga bertujuan mengelak kesesakan lalu lintas pada hari perjalanan pulang ke kampung dan pulang ke bandar. Selain itu, masa tambahan akan membolehkan penyelarasan logistik tambahan seperti pengurusan kawalan lalu lintas, sumber air tambahan, penyediaan tandas, dan keperluan logistik lain yang melibatkan pihak ketiga di kawasan lay-by dan Rehat & Rawat (R&R) di sepanjang lebuh raya.

KKR menganggarkan jumlah trafik dalam dua hari adalah sekitar 11.8 juta kenderaan. Dengan pelaksanaan tol percuma, kementerian menasihatkan pengguna lebuh raya memanfaatkan peluang dan merancang perjalanan mereka dengan baik. Pengguna lebuh raya juga dinasihatkan untuk mematuhi saranan nasihat masa perjalanan (TTA).

jem gombak002 1
Gambar hiasan

Pengguna boleh menyemak status trafik atau sebarang kejadian di lebuh raya yang akan dikemas kini di media sosial rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM): Facebook (Lembaga Lebuhraya Malaysia) atau Twitter (@LLMtrafik) secara berkala. Pengguna lebuh raya juga boleh menghubungi Pusat Pengurusan Trafik LLM di 1-800-88-7752 untuk keadaan trafik yang dikemas kini atau bantuan.

Sumber: Astro Awani

maxresdefault 19

Ultraman menjadi Ultradad kepada anak Kaiju dalam filem Netflix, Ultraman: Rising

abang red blazer mohon maaf

‘Abang Red Blazer’ mohon maaf atas kelakuan biadap serta semua rakyat Sabah