220922152154 01 moon world resort
in

Dubai sedang membangunkan bulan dengan harga $5 billion

Dubai yang terkenal dengan seni bina ultramodennya, berharap untuk membangunkan replika bulan, di atas bangunan pencakar langit, yang dianggarkan bernilai lebih $USD5 bilion.

Ahli perniagaan Kanada, Michael Henderson, merupakan pengasas bersama projek itu, telah merancang untuk membina sebuah bulan di atas bangunan setinggi 30 meter. Sfera itu akan menjadi 274 meter panjang.

Projek itu dipanggil sebagai “MOON”, akan memberikan pengalaman kepada pengunjung melawat satelit angkasa, sementara masih berada di Bumi.

220922161814 03 body moon world resort

Projek Bulan itu diharapkan dapat menarik lebih 2.5 juta pelawat setiap tahun, dan boleh membawa hasil lebih £1.5 bilion setiap tahun. Ia dijangka menelan kos £4.28 bilion, dan akan dibiayai oleh Moon World Resorts.

Bulan itu nanti akan ada sebuah resort di dalamnya, hotel dengan 4,000 bilik, arena dengan kapasiti 10,000, kelab malam serta pusat kesihatan. Para tetamu juga akan dapat merasai bagaimana rasanya berjalan di bulan melalui “koloni bulan”.

220922161819 04 body moon world resort

Bulan juga akan bersinar pada waktu malam sebagai bulan penuh, separuh atau bulan sabit. Pengasas bersama projek itu, Henderson dan Sandra G Matthews, berkata bahawa ia akan “memberi kesan ketara kepada setiap aspek ekonomi UAE, termasuk pelancongan”.

“Ia akan menjadi projek pelancongan moden terbesar dan paling berjaya di rantau Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA), mampu untuk menarik pelancong setiap tahun ke Dubai berdasarkan daya tarikan globalnya, kesedaran jenama dan pelbagai tawaran pelancongan yang unik,” tambah mereka.

220922161810 02 body moon world resort

maxresdefault 1

Tiket konsert Coldplay boleh dibatalkan jika penganjur dapat bukti dibeli dari ulat tiket

kaming cuti labgkawi

Khairul Aming kekal jadi bos paling power – mengajak 60 staf bercuti di Langkawi dengan beri duit bonus