Penyanyi Yamani Abdillah meluahkan rasa marahnya terhadap seorang pemandu yang mengekorinya untuk mengelak pembayaran tol. Yamani berkongsi kekecewaannya di Instagram storynya, menceritakan bagaimana sebuah kereta Nissan Almera putih menegekori rapat keretanya untuk melepasi pondok tol tanpa membuat sebarang bayaran.
“Aku cari kau sampai dapat bangsa*! Sumpah aku geram. Dah la cucuk belakang rapat-rapat dan masa dekat tol, rapat selagi boleh. Lepas itu, lepas macam itu saja.
“Aku yang bayar, kau blah free macam anak setan,” kata Yamani.
Yamani dengan tegas mengecam perbuatan itu dan meminta pihak berkuasa menahan pemilik kenderaan tersebut. Beliau menjelaskan bahawa beliau tidak menyokong pengelakan tol dan mengharapkan pihak yang bertanggungjawab memberkas segera pelaku tersebut.
“Ingat kau takkan pergi jauh la der. Standby saja kena angkut. Apa-apa pun aku tetap takkan halalkan. Aku nak kau merangkak cari aku kat sana nanti. Goodluck la der,” tegasnya lagi.
Pencerobohan tol dan mengelak pembayaran tol dianggap sebagai kesalahan di bawah Seksyen 8 Akta Jalan Persekutuan 1984 (Pengurusan Swasta), yang boleh dikenakan denda antara RM2,000 hingga RM5,000 jika sabit kesalahan.
Sumber: Instagram