watie kursus tertua kahwin
in

Watie Hanifiah tidak kisah menjadi peserta tertua di kursus perkahwinan

Tunang pelawak dan penyampai radio Shuib Sepahtu, Watie Hanifiah, baru-baru ini telah menamatkan kursus perkahwinan bagi majlis perkahwinan mereka yang bakal berlangsung.

Dia juga merupakan seorang usahawan berusia 35 tahun, mengakui bahawa walaupun umurnya sudah lewat untuk mendirikan rumah tangga, dia percaya bahawa segala dalam hidupnya telah diatur oleh takdir Tuhan.

Peserta tertua, tidak apa lah. Kata orang yang lambat itu selalunya sebab Allah nak bagi yang terbaik dan paling tepat.

Mungkin sebab selalu dengar kata orang, akhirnya dapat.. eh!

Watie turut berkongsi sijil kursusnya melalui akaun Instagram story miliknya.

WhatsApp Image 2023 05 29 at 3.22.33 PM

Yeay, dah boleh kahwin kan ni.

Pasangan itu telah mengadakan majlis pertunangan mereka pada 6 Mei yang lepas, dan bakal melangsungkan perkahwinan pada 23 Jun 2023 nanti.

Shuib sebelum ini pernah berkahwin dengan Allahyarham Siti Sarah, dikurniakan empat orang anak: Uwais Alqarani, Dzahira Talita, Ariq Martin, dan Ayash Affan.

Sumber: Instagram

abang lawat adik akademi

Demi mengubat kesedihan adik, abangnya sanggup berpatah balik melawat adiknya untuk hari keluarga

Screenshot 548

UAI jelaskan apakah benda misteri yang dia tengok masa bagi ceramah dua bulan lepas